Posts

A DAY TO REMEMBER : PERLIS!

Image
Hi dan assalamualaikum semua! Post kali ini agak istimewa kerana hari ini genap setahun saya meninggalkan bumi Perlis secara rasmi. Oleh itu, saya akan throwback sedikit di mana saya dan keluarga berjalan-jalan di sana sewaktu mengambil barang saya di Kolej Matrikulasi Perlis. Pada 18 Mac 2020, PM mengumumkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi membendung wabak Covid-19 dan semua pelajar di kolej saya diarahkan pulang ke rumah masing-masing walaupun ketika itu lagi 2 minggu sahaja kami akan menamatkan program Matrikulasi. Kami pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan sehelai sepinggang kerana kami dimaklumkan PKP hanya 2 minggu sahaja dan selepas tamat PKP tersebut, kami perlu pulang semula ke kolej bagi menjawab Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dan secara rasminya tamat pengajian di sana.  Namun, sebaliknya yang berlaku di mana pihak Matrikulasi membuat keputusan untuk kami tidak perlu menjawab peperiksaan tersebut. Perasaan saya agak sedih dan kecewa waktu...

THE HYPER TEXT MARKUP LANGUAGE - HTML

Image
 Hi dan assalamualaikum semua! Pada minggu ke-8 dan minggu ke-9, saya telah mempelajari 1 lagi perisian komputer iaitu HTML. HTML adalah bahasa penanda standard untuk dokumen yang direka untuk dipaparkan dalam pelayar internet. Ini boleh dibantu oleh teknologi seperti Cascading Style Sheets (CSS) dan bahasa skrip seperti JavaScript. Elemen HTML diwakili oleh tag,  ditulis menggunakan kurungan sudut. Tag suka dan serta-merta memperkenalkan kandungan ke dalam halaman. Tag lain seperti dikelilingi dan memberikan maklumat tentang teks dokumen dan mungkin termasuk tag lain sebagai sub-elemen. Pelayar tidak memaparkan tag HTML tetapi menggunakannya untuk mentafsir kandungan halaman.  Tidak dinafikan, membuat HTML ini sangat penat dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, ia menjadi mudah dan seronok apabila anda sudah mula menguasainya. Saya juga berasa kagum melihat hasil HTML saya sendiri dan mula jatuh cinta dengan ilmu Programming ini. Saya bera...

PROGRAM MATRIKULASI : BAIK ATAU BURUK?

Image
  Assalamuaikum dan hai semua! Kali ini saya akan bercerita tentang program matrikulasi memandangkan saya merupakan bekas pelajar program matrikulasi kursus Perakaunan di Perlis. Inilah tempat saya menimba ilmu selama 10 bulan yang terletak di Arau. Program Matrikulasi merupakan salah satu program pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.  Program matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar lepasan SPM untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan.  Selepas SPM, banyak jalan yang anda boleh pilih. Tidak hanya program matrikulasi sahaja. Antara laluan yang anda boleh pilih : i. Program Asasi ii. Program Matrikulasi   iii. Diploma iv. Tingkatan Enam - STPM/STAM Jika anda mahu cepat menamatkan pengajian di usia yang muda, anda bolehla memilih program Asasi atau Matrikulasi kerana program ini hanya mengambil masa selama 10 bulan atau 1 tahun sahaja.  Tetapi, untuk prog...

ALLAH KAN ADA? : HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN

"Pemenang sejati adalah orang yang mahu belajar daripada kesalahan. Mereka tidak pernah berhenti untuk terus belajar kerana kegagalan bukan pengakhiran segala-galanya, tetapi kegagalan adalah suatu pelajaran supaya kita mampu meraih kejayaan yang maksimum pada masa depan"  ********** "Ibu, ayah...aku gagal" Untuk kesekian kalinya, ayat itu harus kita lontarkan kepada ibu bapa kita. Ayat yang ringkas dan singkat tetapi padat dengan makna. Ayat yang sederhana saja tetapi membawa maksud yang akan mematahkan hati. Jangan ditanya keadaan kita saat kegagalan datang menghampiri. Bukan hanya rasa takut untuk berjuang lagi, malah semangat dan keyakinan diri juga luluh. Saya yakin setiap orang pernah merasai kegagalan. Saya pernah, jiran kita pernah, sahabat kita pernah, guru kita pernah. Semua orang pernah merasai kegagalan cuma setiap dari kita menghadapi bentuk kegagalan yang berbeza-beza. Semangat yang pada awalnya sudah kita tanam dalam diri, semangat yang begitu bergelo...

MICROSOFT EXCEL

Image
 Assalamualaikum dan hi semua! Kali ini saya akan berkongsi mengenai formula-formula Microsoft Excel yang telah saya pelajari di dalam kursus ini. Microsoft Excel adalah aplikasi hamparan yang dibangunkan oleh Microsoft untuk tetingkap microsoft, mac os x dan sistem operasi iOS. Dalam Microsoft Excel terdapat banyak ciri yang berbeza yang boleh digunakan seperti carta, pengiraan, jadual dan banyak lagi. Memahami beberapa formula dalam Microsoft Excel akan menjadikan kerja anda lebih mudah, berkesan dan cekap. Antara formula-formula yang saya pelajari sepanjang semester ini ialah: i. Sum atau jumlah (∑) - untuk menjumlahkan ii. Average atau purata - untuk mencari nilai purata iii. And atau dan - untuk mencari nilai mengikut perbandingan dan iv. Or atau atau - untuk mencari nilai mengikut perbandingan atau v. Vlookup - untuk mencari data dari sebuah jadual yang disusun dalam format menegak vi. Countif - untuk mengira bilangan sel dalam julat dengan kriteria tertentu.  vii. Lower...

SYAWAL 1422H

Image
 Hi dan assalamualaikum semua! :D  Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa menjaga diri walau di mana anda berada. Semoga kita semua dijauhkan dari virus Covid-19. Oh ya, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia 😇  Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita dan berganti pula dengan Syawal. Ibadah puasa di bulan Ramadhan boleh diibaratkan sebagai 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa. Fasa selepas Ramadhan adalah pembuktian sama ada matlamat tarbiah atau pendidikan sepanjang bulan itu tercapai atau tidak. Ini merupakan tahun ke-2 kita menyambut Syawal dalam suasana pandemik tetapi kali ini, perasaannya mungkin berlainan sedikit berbanding tahun lepas kerana kali ini kita lebih bersedia dan sudah menjangkakannya memandangkan kes harian Covid-19 yang tidak menunjukkan penurunan. Amalan 'new normal' atau norma baharu disebabkan wabak Covi...

LOVE FOR IMPERFECT THINGS - HAEMIN SUNIM (BOOK REVIEW)

Image
 Hi and assalamualaikum all, how are you doing today? I hope you are in a good mood today cause it's a good day to have a good day!😄(eventho it's 3:20 am now). So, as you can read title above, in this post, again..I'm gonna review a book that I have read during MCO 1.0 last year. It's a self-help book. Love For Imperfect Things : How To Accept Yourself in a World Striving for Perfection, first published was in 2018. It's a #1 internationally bestselling book of spiritual wisdom about learning to love ourselves with all our imperfections by the Buddhist author. This book is a combination of a story and poems. The author begins every chapter with a short story and then continue with deep poems. If you are looking for a self-help book to restart your life, highly recommend this book. This book will help you heal from negative thoughts. Haemin Sunim divided this book into 8 chapters. Each one sheds some light on different subjects. The way the book has been set up is a...