MICROSOFT EXCEL
Assalamualaikum dan hi semua! Kali ini saya akan berkongsi mengenai formula-formula Microsoft Excel yang telah saya pelajari di dalam kursus ini.
Microsoft Excel adalah aplikasi hamparan yang dibangunkan oleh Microsoft untuk tetingkap microsoft, mac os x dan sistem operasi iOS. Dalam Microsoft Excel terdapat banyak ciri yang berbeza yang boleh digunakan seperti carta, pengiraan, jadual dan banyak lagi.
Memahami beberapa formula dalam Microsoft Excel akan menjadikan kerja anda lebih mudah, berkesan dan cekap.
Antara formula-formula yang saya pelajari sepanjang semester ini ialah:
i. Sum atau jumlah (∑) - untuk menjumlahkan
ii. Average atau purata - untuk mencari nilai purata
iii. And atau dan - untuk mencari nilai mengikut perbandingan dan
iv. Or atau atau - untuk mencari nilai mengikut perbandingan atau
v. Vlookup - untuk mencari data dari sebuah jadual yang disusun dalam format menegak
vi. Countif - untuk mengira bilangan sel dalam julat dengan kriteria tertentu.
vii. Lower - untuk mengubah perkataan menjadi huruf kecil.
viii. Upper - untuk mengubah perkataan menjadi huruf besar.
Baiklah, saya akan terangkan dengan lebih terperinci cara penggunaan beberapa formula di atas.
i. SUM atau JUMLAH (∑)
Formula Sum ini mempunyai fungsi utama iaitu untuk mencari penjumlahan suatu kerja pengiraan.
1. Pertama sekali, cipta jadual dan masukkan amaun-amaun untuk penjumlahan.
=SUM (D2:E2) |
2. Jika formula Sum telah dimasukkan, tekan Enter dan Microsoft Excel akan menjumlahkan total untuk baris atau lejar yang telah anda pilih.
Jumlah keputusan formula Sum |
ii. AVERAGE atau PURATA
Formula purata ini mempunyai fungsi untuk mencari purata pembolehubah.
1. Perama, cipta jadual untuk gred pelajar (sebagai contoh) dan masukkan formula Average untuk mengetahui gred purata pelajar.
=AVERAGE (D2:F2) |
Jumlah keputusan formula Average |
Dan ini mempunyai fungsi yang terutamanya BENAR jika semua hujah yang diuji adalah BENAR dan FALSE jika semua atau salah satu hujah adalah PALSU.
1. Pertama, cipta jadual dan masukkan formula And untuk mengetahui benar atau palsu.
=AND (D2>G2) |
Hasil menghitung rumus And |
Love, SSF.
Comments
Post a Comment