PROGRAM MATRIKULASI : BAIK ATAU BURUK?
Assalamuaikum dan hai semua! Kali ini saya akan bercerita tentang program matrikulasi memandangkan saya merupakan bekas pelajar program matrikulasi kursus Perakaunan di Perlis. Inilah tempat saya menimba ilmu selama 10 bulan yang terletak di Arau. Program Matrikulasi merupakan salah satu program pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar lepasan SPM untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan. Selepas SPM, banyak jalan yang anda boleh pilih. Tidak hanya program matrikulasi sahaja. Antara laluan yang anda boleh pilih : i. Program Asasi ii. Program Matrikulasi iii. Diploma iv. Tingkatan Enam - STPM/STAM Jika anda mahu cepat menamatkan pengajian di usia yang muda, anda bolehla memilih program Asasi atau Matrikulasi kerana program ini hanya mengambil masa selama 10 bulan atau 1 tahun sahaja. Tetapi, untuk prog...