PROGRAM MATRIKULASI : BAIK ATAU BURUK?
Assalamuaikum dan hai semua! Kali ini saya akan bercerita tentang program matrikulasi memandangkan saya merupakan bekas pelajar program matrikulasi kursus Perakaunan di Perlis.
![]() |
Inilah tempat saya menimba ilmu selama 10 bulan yang terletak di Arau. |
Program Matrikulasi merupakan salah satu program pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar lepasan SPM untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan.
Selepas SPM, banyak jalan yang anda boleh pilih. Tidak hanya program matrikulasi sahaja. Antara laluan yang anda boleh pilih :
i. Program Asasi
ii. Program Matrikulasi
iii. Diploma
iv. Tingkatan Enam - STPM/STAM
Jika anda mahu cepat menamatkan pengajian di usia yang muda, anda bolehla memilih program Asasi atau Matrikulasi kerana program ini hanya mengambil masa selama 10 bulan atau 1 tahun sahaja.
Tetapi, untuk program Matrikulasi mempunyai syarat tersendiri di mana anda wajib mengambil subjek Matematik Tambahan sewaktu SPM. Jika anda tidak mengambil subjek tersebut atau gagal subjek tersebut, anda tidak layak untuk memohon program Matrikulasi.
Antara kelebihan program Matrikulasi adalah:
i. Tempoh belajar yang singkat.
ii. Menerima elaun bulanan sebanyak RM250.
iii. Tidak perlu membuat pinjaman pelajaran kerana tidak ada yuran/sem. Yuran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran semasa di semester 1.
iv. Mudah fokus di dalam kelas kerana bilangan pelajar dalam satu kelas tidak ramai (kurang daripada 10 orang).
Namun begitu, program Matrikulasi ada juga kelemahannya. Antaranya,
i. Perlu bijak membahagi masa. (terutamanya jika anda tidak pernah duduk di asrama)
ii. Perlu cepat menerima perubahan keadaan keliling.
iii. Jadual kelas yang sangat padat. (Kelas harian bermula jam 8pagi - 5petang. Jika sudah dekat dengan peperiksaan, akan ada kelas tambahan pada waktu malam dan juga pada hujung minggu)
iv. Mempunyai undang-undang keluar dan masuk. (Perlu scan kad matrik sebelum jam 7 malam. Jika lebih masa, kad akan diblok dan outing akan dibekukan)
v. Undang-undang yang sangat ketat. Contohnya, hari untuk outing lelaki dan perempuan diasingkan)
vi. Merupakan alam peralihan dari sekolah menengah ke alam universiti. (Pelajar tidak sepenuhnya mempunyai kebebasan seperti di universiti)
vii. Perlu fokus dalam kuliah dan cepat tangkap apa yang diajar oleh para pensyarah. (Ini kerana biasanya dalam 1 hari sudah habis belajar 1 bab dan kemudian akan ada Centralized Quiz).
Namun begitu, saya yakin dan percaya ini semua demi kepentingan para pelajar juga di samping untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul. Oleh yang demikian, pilihlah laluan yang betul, elakkan dari mengikut kawan. Cuba berdikari dengan membuat pilihan sendiri mengikut kata hati dan juga minat masing-masing. Saya percaya setiap perkara itu pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.
Jika ditanya kepada saya, adakah saya menyesal kerana memilih Matrikulasi? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali. Tidak pernah walau sekali saya menyesali perjalanan yang sangat seronok ini, malah saya akan rasa menyesal jika saya menolak Matrikulasi ini dahulu.
Love, SSF.
![]() |
Ini praktikum saya, A3P1💖 (Praktikum merupakan gabungan 2 kelas dan hanya ada beberapa subjek sahaja yang perlu bergabung bersama mereka) |
![]() |
Inilah classmate saya, A3T1B 💖💖💖 |
Comments
Post a Comment