A DAY TO REMEMBER : PERLIS!

Hi dan assalamualaikum semua! Post kali ini agak istimewa kerana hari ini genap setahun saya meninggalkan bumi Perlis secara rasmi. Oleh itu, saya akan throwback sedikit di mana saya dan keluarga berjalan-jalan di sana sewaktu mengambil barang saya di Kolej Matrikulasi Perlis.

Pada 18 Mac 2020, PM mengumumkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi membendung wabak Covid-19 dan semua pelajar di kolej saya diarahkan pulang ke rumah masing-masing walaupun ketika itu lagi 2 minggu sahaja kami akan menamatkan program Matrikulasi. Kami pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan sehelai sepinggang kerana kami dimaklumkan PKP hanya 2 minggu sahaja dan selepas tamat PKP tersebut, kami perlu pulang semula ke kolej bagi menjawab Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dan secara rasminya tamat pengajian di sana. 

Namun, sebaliknya yang berlaku di mana pihak Matrikulasi membuat keputusan untuk kami tidak perlu menjawab peperiksaan tersebut. Perasaan saya agak sedih dan kecewa waktu itu kerana tidak berpeluang untuk bertemu rakan-rakan buat kali yang terakhir tetapi kami perlu pulang juga ke Perlis untuk mengambil barang dan menyerahkan kunci bilik kepada pihak kolej.

Maka, pada 17 Jun 2020 saya dan keluarga pun berangkat ke Perlis. Kami bertolak dari Klang pada pukul 11 malam dan tiba di Perlis pada jam 8 pagi. Cuaca pada malam tersebut hujan lebat, sama seperti keadaan hati saya pada waktu itu 😢.

Nak fokus pada sawah padi sebenarnya haha tapi tak nampak pula 😂

Salah satu sebab saya jatuh cinta kepada Perlis ; pemandangan yang sentiasa cantik! 😍


Kemudian, saya naik ke bilik dan kemas barang-barang seperti pakaian, baldi, bantal dan banyak lagi. Keluarga yang lain perlu tunggu di padang yang berdekatan di pintu pagar memandangkan kami dari Selangor, iaitu negeri zon merah dan Perlis pula zon hijau.



Langit juga mendung seolah-olah memahami isi hati saya

 
Setelah selesai proses penyerahan kunci bilik, kami pergi bersarapan di warung yang berdekatan. Sebelum bertolak pulang semula ke Klang, kami sempat singgah ke Taman Ular dan Reptilia Perlis yang terletak di Kangar.

Tiket yang sudah ronyok 😅

Pada awalnya, saya ingatkan Taman Ular ini hanya ada ular sahaja. Tetapi saya silap kerana semua haiwan juga ada. Ia boleh diibaratkan seperti zoo dan yang menariknya ada juga taman bunga Matahari tetapi pada musim itu bukan musim bunga tersebut, jadi saya tidak berkesempatan untuk lihat bunga tersebut dengan banyak.



Satu-satunya bunga matahari yang masih kembang 😍

Selamat tinggal Perlis. Terima kasih untuk memori selama setahun di sana. Ada rezeki, boleh kita berjumpa lagi. 💗

Love, SSF.


Comments

Popular posts from this blog

HEY HEY, HERE!

MICROSOFT EXCEL

THE HYPER TEXT MARKUP LANGUAGE - HTML