ALLAH KAN ADA? : HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN
"Pemenang sejati adalah orang yang mahu belajar daripada kesalahan. Mereka tidak pernah berhenti untuk terus belajar kerana kegagalan bukan pengakhiran segala-galanya, tetapi kegagalan adalah suatu pelajaran supaya kita mampu meraih kejayaan yang maksimum pada masa depan" ********** "Ibu, ayah...aku gagal" Untuk kesekian kalinya, ayat itu harus kita lontarkan kepada ibu bapa kita. Ayat yang ringkas dan singkat tetapi padat dengan makna. Ayat yang sederhana saja tetapi membawa maksud yang akan mematahkan hati. Jangan ditanya keadaan kita saat kegagalan datang menghampiri. Bukan hanya rasa takut untuk berjuang lagi, malah semangat dan keyakinan diri juga luluh. Saya yakin setiap orang pernah merasai kegagalan. Saya pernah, jiran kita pernah, sahabat kita pernah, guru kita pernah. Semua orang pernah merasai kegagalan cuma setiap dari kita menghadapi bentuk kegagalan yang berbeza-beza. Semangat yang pada awalnya sudah kita tanam dalam diri, semangat yang begitu bergelo...