RESIPI : SUPER EASY 10-MINS PIZZA
Hi dan assalamualaikum! Hari ini saya akan berkongsi resipi pizza yang sangat mudah dan sesuai untuk newbie seperti saya hehe. Resipi ini hanya memerlukan 4 bahan sahaja, iaitu:
Roll-Up Wrap - Classic |
Sosej |
Jadi, kita hanya perlukan 4 bahan di atas ini sahaja untuk membuat Super Easy Peasy Pizza ini. Jadi, jom saya tunjuk bagaimana cara penyediaannya. Pertama sekali, untuk memudahkan kerja saya, saya akan rebus sosej terlebih dahulu.
Kemudian, saya panaskan kuali/periuk dan letak sedikit mentega bagi menggantikan minyak. Setelah itu, letakkan wrap dan sapu Sos Pasta di atas wrap tersebut.
Kemudian, taburkan Shredded Cheese. Jika anda guna Slice Cheese, saya cadangkan supaya anda parut keju tersebut supaya menjadi cebisan atau carikan. Dan akhir sekali, susun sosej yang telah direbus tadi. Kemudian, tutup kuali/periuk dan biarkan ia selama 5-10 minit.
Comments
Post a Comment