A DAY TO REMEMBER : PERLIS!
Hi dan assalamualaikum semua! Post kali ini agak istimewa kerana hari ini genap setahun saya meninggalkan bumi Perlis secara rasmi. Oleh itu, saya akan throwback sedikit di mana saya dan keluarga berjalan-jalan di sana sewaktu mengambil barang saya di Kolej Matrikulasi Perlis. Pada 18 Mac 2020, PM mengumumkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi membendung wabak Covid-19 dan semua pelajar di kolej saya diarahkan pulang ke rumah masing-masing walaupun ketika itu lagi 2 minggu sahaja kami akan menamatkan program Matrikulasi. Kami pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan sehelai sepinggang kerana kami dimaklumkan PKP hanya 2 minggu sahaja dan selepas tamat PKP tersebut, kami perlu pulang semula ke kolej bagi menjawab Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dan secara rasminya tamat pengajian di sana. Namun, sebaliknya yang berlaku di mana pihak Matrikulasi membuat keputusan untuk kami tidak perlu menjawab peperiksaan tersebut. Perasaan saya agak sedih dan kecewa waktu...